Thursday, May 15, 2008

LAMAN SOKONGAN P RAMLEE

HALAMAN SOKONGAN KEPADA PENCALONAN P RAMLEE SEBAGAI WARGA GEMILANG MALAYSIA SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

http://www.p-ramlee.com/forms/tributp.htm

Sunday, April 20, 2008

SULTAN TENGAH

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr) Haji Mohd Jamil Al-Sufri, (1991), Sultan Tengah: Sultan Sarawak Pertama dan Terakhir, Sarawak Gazette, December 1991. (ms 37-41)

Saturday, April 19, 2008

DEWAN SUARAH PEMANGKIN PEMBANGUNAN BUDAYA

Salah satu tindakan bijak dan berdampak besar ke atas perkembangan sahsiah dan budaya masyarakat di Sarawak ialah pembinaan dewan umum yang diberi nama Dewan Suarah di semua Bahagian dan Daerah-Daerah khusus di seluruh Sarawak.

Dewan itu menjadi pusat aktiviti peringkat daerah, bahagian dan negeri malah kebangsaan dan merangsang para penduduk sekitar mengadakan aktiviti yang membawa kepada rangsangan perkembangan budaya pelbagai kaum.

Sebahagian Dewan Suarah dilengkapi dengan muzium tempatan yang mengandungi artefak-artefak sejarah setempat.

SEMINAR BUDAYA SUKU KAUM SARAWAK 1988

Sebagai sebahagian daripada perayaan ulangtahun ke-25 Kemerdekaan Sarawak menerusi Malaysia dalam tahun 1988, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Sosial menganjurkan satu siri seminar kebudayaan untuk pelbagai komuniti dan kaum, antara Jun dan Ogos

Kesemua tujuh seminar dan bengkel telah dianjurkan dengan Seminar Budaya Melayu di Kuching, Seminar Budaya Bidayuh di Seriajn, Seminar Orang Ulu di Miri, Seminar Budaya Iban di Kapit. Ini diikuti oleh bengkel budaya India di Kuching dan bengkel budaya Cina di Sibu serta Seminar Budaya Melanau di Mukah.

Seminar Budaya Melayu Sarawak - 5-9 Jun 1988 di Kuching
SeminarBudaya Bidayuh 15-18 Jun 1988, Serian
Bengkel Budaya Orang Ulu, 21-23 Jun 1988, di Miri
Seminar Budaya Iban 27-30 Jun 1988 di Kapit
Seminar Warisan Budaya India 9 Julai 1988 di Kuching,
Seminar Budaya Cina Sarawak 19-21 Julai 1988 di Sibu
Seminar Budaya Melanau 25-28 Julai 1988 di Mukah.

Hasil daripada seminar itu dibentangkan dalam satu Simposium Warisanm Budaya Sarawak di Kuching selama enam hari mulai 31 Julai 1988.

Simposium itu dirasmikan dalam suasana gilang gemilang oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud yang juga menyampaikan ucaputama.

Simposium itu terbahagi kepada tiga bahagian dengan setiap bahagian ada temanya tersendiri yang menuju kepada satu rumusan yang cukup tuntas tentang arah pembentukan bangsa Malaysia yang berakar di Sarawak.

Sesi pertama Kebudayaan Sarawak: Satu Tinjauan Menyeluruh membentangkan ucaputama daripada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu anak Numpang.

Sesi kedua Aspek Budaya Sarawak yang perlu dipulihara, diubah suai dan dipromosikan sebagai unsur kebudayaan kebangsaan Malaysia dengan ucaptama oleh Datuk Dr Sulaiman Haji Daud dan Sesi Terakhir: Memodenken proses dan fungsi kebudayaan dan etnmiksiti Sarawak, nama, sikap dan imej identiti etnii, objektif dan implikasi perundangannya - dengan ucaputama daripada Ketua Menteri sendiri.

Selain laporan daripada tujuh seminar sukuan yang dibentangkan di dalam simposium itu dibentangkan juga 28 kertas kerja, dengan sembilan daripadanya daripada sarjana luar yang dijemput khas.


Kesemua saeminar dan simposium itu menghasilkan sejumlah 89 kertas kerja

Friday, April 18, 2008

HARI SASTERA XII

Tarikh: 17-20 Ogos 2001
Tempat: Santubong Resort, Kuching, Sarawak.
Tema: Sastera Wadah Integrasi Budaya



KERTAS KERJA DIBENTANGKAN



Pembinaan Generasi Baru Sasterawan Melayu Serantau (Hamzah Hamdani)

Karya Sastera Mempertebal Integrasi Budaya (Drs Fl Sudiran S. PD)

Tatkala Integrasi Budaya Ternoda (Viddy Ad Daery)

Sastera Wadah Integrasi Budaya: Suatu Penilaian Semula dari Perspektif Masyarakat Iban (Douglas anak Jaga)

Sastera Membina Integrasi Budaya dan Integrasi Nasional di Malaysia (Datuk Haji Ismail Abbas)

Hikayat Deli (Tengku Luckman Sinar, S.H. - Tenglku Pangeran Temenggong Serdang)

Benih Sastera Kontekstual Menunjanmg Integrasi Budaya BIMP-EAGA (Safrullah Sanre)

Puisi Sebagai Manifestasi Integrasi Budaya: Dalam Konteks Brunei Darusslam (Haji Jawawi Haji Ahmad)

Sarawak Dalam Puisi Unsur Alam, Budaya dan Sejarah (Siti Zainon Ismail)


Kesusasteraan Persuratkhabaran Wadah Integrasi Budaya (Jeniri Amir)

Pantun Dalam Seni Gendang Melayu Di Sarawak: Penelitian Terhadap Wacana Pantun-Pantun Dalam Rancangan 'Mari Bermukun' di RTM Sarawak. (Saiee Driss)

Memperoleh Pengertian Integrasi Budaya Daripada Beberapa Buah Cerpen Dari Sabah dan Sarawak (Zaini Ozea)

Islam Pemangkin Sastera Dan Budaya Melayu Di Patani (Haji Suhaimi Ismail Awoe)

Sastera: Mahligai Bangsa Di Puncak Buana (Yusmar Yusuf)

Komponen Kesusasteraan Sebagai Integrasi Budaya Untuk Generasi Baru (Othman Puteh)

Ke Arah Pentadbiran Persatuan Penulis Yang Mantap - Satu Saranan (Haji Jeli Bohari Biha)

Mengintegrasikan Nilai Tempatan Dengan Nilai Sejagat Bagi Memupukkan Sastera Kebangsaan (Haji Hamdan Yahya)

Menyoal Sastera Sebagai Wadah Integrasi Budaya (Chairil Effendi)

Sastera Wadah Integrasi Budaya: Pencarian Jatidiri: (Zainal Abidin Borhan dan Hashim Ismail)

Penyatuan Dalam Kepelbagaian: Menilai Semula Peranan Penulis Dalam Era Globalisasi (Adi Badiozaman Tuah)

Penerbitan Buku Sastera di Sarawak Dalam Rangka Menjana Sastera Sebagai Wadah Integrasi Budaya (Hazami Jahari)

BULAN BAHASA 1996

Pusat Sambutan: Kota Samarahan
Tarikh: 1 Oktober 1996

AKTIVITI

Pameran dan Pesta Buku
Dewan Suarah samarahan
1-7 Oktober 1996

Kursus Penggunaan Bahasa Melayu dalam Surat rasmi
Di Majlis Daerah Simunjan
10-12 Oktober 1996

Kursus Bahasa Untuk Ahli Majlis Daerah (3 kursus)
Samarahan, Serian dan Simunjan
10-12 Oktober 1996

Pertandingan Bercerita Untuk Orang Dewasa
Dewan Tan Sri Datuk Amar Haji Ikhzan Zaini, Asajaya
12 Oktober 1996

Malam Sumbangsih
Dewan Setia Simunjan
12 Oktober 1996

Pertandingan Pidato
Dewan Suarah, Kota Samarahan
18-19 Oktober 1996

Pertandingan Melukis Kartun/Poster Bahasa
Dewan Masyarakat Serian
19 Oktober 1996

Minggu Bahasa Kebangsaan di Kompleks Membeli Belah
Wisma Saberkas, Kuching
22-28 Oktober 1996

Ceramah Tokoh
Teater Multimedia, UNIMAS
25 Oktober 1996

Khemah Bahasa
Pusat Peranginan Santin
26-29 Oktober 1996

PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 1995

Tema: Globalisasi Meruntuhkan Nilai-Nilai Kemanusiaan
Tarikh: 23 September 1995

Pencadang: SMK MERADONG
Brenda anak Nobert Rabar
Hazibah Berawi
Suryani Mahdi
Rantai anak Chukat

Pembangkang: SM SAINS MIRI
Abdul Muhamad Haji Omar
Mohamad Suhaili Othman
Maslina Mahli
Nur Kartini Shafee

Pembahas Terbaik: Maslina Mahli