Saturday, April 19, 2008

DEWAN SUARAH PEMANGKIN PEMBANGUNAN BUDAYA

Salah satu tindakan bijak dan berdampak besar ke atas perkembangan sahsiah dan budaya masyarakat di Sarawak ialah pembinaan dewan umum yang diberi nama Dewan Suarah di semua Bahagian dan Daerah-Daerah khusus di seluruh Sarawak.

Dewan itu menjadi pusat aktiviti peringkat daerah, bahagian dan negeri malah kebangsaan dan merangsang para penduduk sekitar mengadakan aktiviti yang membawa kepada rangsangan perkembangan budaya pelbagai kaum.

Sebahagian Dewan Suarah dilengkapi dengan muzium tempatan yang mengandungi artefak-artefak sejarah setempat.

No comments: